Info: Your browser does not accept cookies. To put products into your cart and purchase them you need to enable cookies.
|
Mat Milah Lynda - Siswa Alaf Baharu
Price per Unit (piece):
RM39.60
RM33.66
You Save: 15.00% Novel ini mengutarakan idea universiti untuk pensyarah atau untuk pentadbir. Pusat universiti ialah pelajar, bermakna hal selain pelajar adalah sumber-sumber sokongan untuk melahirkan pelajar bekualiti. Pelajar adalah stakeholder utama. Idea ini boleh dilihat apabila pelajar menjadi perasmi program, manakala Menteri dan Naib Canselor yang dijemput hadir hanya menjadi tetamu sahaja. Ia juga mengutarakan idea yang penting untuk melakukan perubahan terhadap persekitaran universiti tempatan, di mana pensyarah sepatutunya mengambil inisiatif mendekati pelajar. Situasi arahan dari bilik kuliah dan arm chair boss dikritik secara halus, yang mana hasilnya para professor dan pensyarah boleh duduk-duduk dan minum secara santai bersama pelajar. Kaedah inilah yang menghasilkan pelajar yang benar-benar menghayati pengajaran pensyarah kerana mereka boleh bertanya dan menjawab soalan pelajar. Ia mengubah hubungan antara pensyarah dengan pelajar daripada hubungan rasmi kepada hubungan tidak rasmi yang selesa. Begitu banyak kisah diutarakan berkenaan keaslian idea pelajar dan diterjemah melalui aktiviti yang dianjur oleh mereka. Antaranya, idea mengadakan bengkel basikal secara percuma untuk mempromosi kampus bebas karbon dioksida, menyihatkan pelajar dan menenangkan persekitaran universiti. Idea mengadakan Centre for Lost and Found menanamkan sifat integriti yang tinggi dalam kalangan pelajar dan staf serta dihurai secara falsafah akan kepentingan integriti kepada negara. Novel ini meskipun kelihatan mementingkan idea politik pelajar, namun pengarang tidak lupa menyelit kisah yang sesuai untuk pembaca kumpulan remaja, iaitu kisah cinta antara watak utamanya iaitu Mat dan Lynda. Kisah cinta antara dua kaum yang berbeza ini dilorek dengan molek sebagai penarik kepada pembacaan kumpulan berkenaan. |
|
|
|
|
|
Customer Reviews:
There are yet no reviews for this product. Please log in to write a review. |
|
|
Last Updated: Thursday, 20 June 2013 09:35