Warning: Creating default object from empty value in /www/mybooks.com.my/public/components/com_virtuemart/router.php on line 902
ADAP : SAINS RUMAH TANGGA TINGKATAN 4

SAINS RUMAH TANGGA TINGKATAN 4

PDFEmail
Dapatkan segera dipasaran
cover srtfinalnew depan4
Penilaian: Belum di Nilai
Harga:
Harga Asal: RM 14.95
Salesprice with discount: RM 12.71
Harga Jualan: RM 12.71
Sales price without tax: RM 14.95
Jimat: 15%

0 TELAH MEMBELI!
Penerangan

       Buku Teks Sains RUmah Tangga Tingkatan 4 ditulis untuk mata pelajaran Sains Rumah Tangga (SRT) yang merupakan penjenamaan semula bagi mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga (ERT) Tingkatan 4 dan 5 yang telah mula dilaksanakan pada tahun 1992 dan disemak semula pada tahun 2002. Kandungan buku teks ini berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan menepati hasrat Falsapah Pendidikan Kebangsaan. Selari dengan Program Transformasi pendidikan Negara yang mempunyai hasrat untuk melahirkan generasi berkemahiran abad ke-21, matlamat pembelajaran Sains Rumah Tangga ini juga adalah untuk menggalakkan murid mendapat pengetahuan, memperoleh kemahiran asas dan kemahiran insaniah, menjalani kehidupan yang efektif dan dapat menceburi kerjaya yang sesuai untuk mencapai kecemerlangan hidup.

       Buku teks ini mengandungi lima bab utama, iaitu Kerja Sepasukan, Pengurusan Sumber Keluarga dan Tempat Kediaman, Pakaian dan Jahitan, Makanan dan Pemakanan serta Perniagaan dan Keusahawanan. Penulis telah membina setiap unit dengan teliti agar dapat memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Setiap bab didahului dengan halaman rangsangan yang bertujuan untu menarik minat murid terhadap isi pembelajaran, diikuti dengan kandungan, rumusan dan penilaian kendiri. Selain itu, ikon seperti Tahukah Anda, Kemahiran Berfikir Tahap Tinggi (KBAT),Tip-tip keselamatan, nilai murni, sudut aktiviti dan laman TMK ditulis dan disusun sebagai penyendal antara teks dengan grafik untuk membolehkan murid menguasai dan mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran yang telah dipelajari. Seterusnya, elemen merentas kurikulum seperti kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, bahasa sains dan teknologi, keusahawanan, pendidikan kewangan dan kreativiti dan inovasi turut diselitkan dalam kandungan pembelajaran. KBAT dinyatakan secara eksplisit bagi melahirkan murid yang boleh menguasai kemahiran berfikir dalam setiap disiplin ilmu. Selain aktiviti yang dicadangkan dalam buku teks ini, guru digalakkan untuk menggunakan kreativiti masing-masing untuk menyesuaikan bahan dan kandungan aktiviti berdasarkan situasi persekitaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

                

Ulasan

There are yet no reviews for this product.

Anda Mungkin Berminat

my fun pages book 2
My Fun Pages Book 2...
Harga: RM 9.50
Sekarang: RM 8.08

tak seindah impian
Tak Seindah Impian...
Harga: RM 55.00
Sekarang: RM 46.75

mudah membuat kek
Mudah Membuat Kek...
Harga: RM 36.00
Sekarang: RM 30.60

diabetes
Diabetes...
Harga: RM 48.00
Sekarang: RM 40.80