Warning: Creating default object from empty value in /www/mybooks.com.my/public/components/com_virtuemart/router.php on line 902
ADAP : Rujukan Lengkap Komsas Tkt. 2 - Di Sebalik Wajah

Rujukan Lengkap Komsas Tkt. 2 - Di Sebalik Wajah

PDFEmail
Siri ulasan novel komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia ini menyediakan nota rujukan dan latihan untuk keperluan pelajar dengan selengkapnya dalam bentuk yang cukup komprehensif, mantap dan sistematik. Siri ini ditulis oleh pakar-pakar bid
rujukan lengkap komsas tkt. 2 - di sebalik wajah
Penilaian: Belum di Nilai
Harga:
Harga Asal: RM 4.90
Salesprice with discount: RM 4.17
Harga Jualan: RM 4.17
Sales price without tax: RM 4.90
Jimat: 15%

0 TELAH MEMBELI!
Penerangan

Cikgu Saiful gelisah menunggu kelahiran anaknya di hospital Ratu Elizabeth, apatah lagi apabila diberitahu bayinya songsang dalam kandungan. Dia terserempak dengan Doktor Fakri, doktor muda yang sama-sama solat berjemaah di surau. Cikgu Saiful menamakan anaknya Doktor Fikri sempena pertemuannya dengan seorang doktor di surau. Apabila lahir, bayinya didapati balar. Pada awalnya cikgu saiful dan isterinya tidak dapat menerima kenyataan tetapi kemudian reda dengan ketentuan Allah. Apabila Cikgu Saiful bersara dari jawatan guru dan bertugas dengan pihak swasta, Doktor Fikri terpaksa dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal. Di situ, Doktor Fikri berkenalan dengan lima orang sahabat. Pelbagai cabaran terpaksa dilaluinya. Dia diejek, ditengking, diugut dan dihina selain menjadi mangsa kedengkian Narius, Jimadi, Sanin dan Jais. Angkara Narius dan kawan-kawannya membuatkan persahabatan mereka berlima tercalar, padahal mereka pernah sama-sama menjual sayur-sayuran di pasar tamu.

Narius, Jimadi dan Jais yang dirotan oleh pengetua telah menyimpan dendam terhadap Doktor Fikri kerana menyangkakan Doktor Fikri yang membuat aduan kepada Cikgu Wahab. Mereka mengenakan Doktor Fikri dengan meletakkan buku-buku perpustakaan dan dompet murid-murid sekolah itu di dalam beg sekolah Doktor Fikri. Doktor Fikri disisihkan oleh kawan-kawannya. Namun begitu, kebenaran terbongkar apabila kawan-kawannya mendapat surat daripada Doktor Fikri yang berada di Jepun kerana mengikut ayahnya yang telah dihantar oleh syarikatnya untuk melanjutkan pelajaran. Narius telah mengakui kesalahannya sebelum menyerahkan surat tersebut kepada Dayang Mahani untuk dibaca.

Setelah setahun di Jepun. Doktor fikri dan keluarganya pulang ke Malaysia dan berjumpa dengan kawan-kawannya. Doktor Fikri menunjukkan gambar-gambar di Jepun. Dia juga menceritakan tentang keistimewaan kereta rakannya yang boleh mengelak kemalangan dan berhenti tiba-tiba apabila ada sesuatu yang menghadang. Cuti dua bulan itu Doktor Fikri dan keluarganya habiskan dengan misi mendaki Gunung Kinabalu. Semasa tidur di rumah penginapan Panalaban,  Doktor Fikri mengigau mahu ditelan naga dan terjatuh dari katil.Tiga beranak itu sama-sama ketawa.

Ulasan

There are yet no reviews for this product.

Anda Mungkin Berminat

wira tak didendang3
Wira Tak Didendang...
Harga: RM 30.00
Sekarang: RM 25.50

ahli bioteknologi
Ahli Bioteknologi...
Harga: RM 4.00
Sekarang: RM 3.40

the history of malay editorial cartoons 1930s-1993
The History Of Malay...
Harga: RM 26.00
Sekarang: RM 22.10

akidah dan isu sosial
Akidah dan Isu Sosia...
Harga: RM 19.00
Sekarang: RM 16.15