
![]() |
0 TELAH MEMBELI!
|
Buku kemahiran Mengurus Berasaskan Modul ini sangat berbeza berbanding dengan buku-buku lain. Buku ini direka khusus untuk kegunaan sebenar dalam bidang latihan sumber manusia. Terdapat 20 MODUL LATIHAN POPULAR yang disusun secara sistematik dalam menguruskan kemahiran berorganisasi.
Buku ini juga mengandungi empat bab. Bab I menghuraikan persoalan asas tentang kemahiran mengurus. Antara persoalan yang dikemukakan termasuklah matlamat pengurusan, teori-teori pengurusan, tujuan kepimpinan dan pengurusan serta perkara yang berkaitan dengannya. Proses-proses pengurusan juga turut dibincangkan.
Bab II memfokuskan kepada kemahiran pengorganisasian. Kemahiran ini juga dipanggil kemahiran operasi pengurusan. Menerusi perubahan struktur dan pendekatan sekarang, terdapat 20 tindakan dan 1 latihan yang boleh digunakan oleh pengurus untuk memajukan lagi mutu perkhidmatan organisasi.
Selain dua bab tersebut, terdapat pelbagai bab-bab lain yang memberikan input kepada pembaca. Buku ini sangat berguna untuk rujukan dan panduan para fasilitator, kaunselor, pegawai latihan, perancang kurikulum, guru dan pelajar yang terlibat dalam program pembangunan sumber manusia.