Warning: Creating default object from empty value in /www/mybooks.com.my/public/components/com_virtuemart/router.php on line 902
Motivasi : Jiwa Seorang Negarawan

Jiwa Seorang Negarawan

PDFEmail
jiwa seorang negarawan
Penilaian: Belum di Nilai
Harga:
Harga Asal: RM 60.00
Salesprice with discount: RM 51.00
Harga Jualan: RM 51.00
Sales price without tax: RM 60.00
Jimat: 15%

0 TELAH MEMBELI!
Penerangan

Karya ini, yang melakar kehidupan Allahyarham Tun Azizan Zainul Abidin, membuka ruang kepada para pembaca mengetahui lebih mendalam rentetan pengalaman dan sumbangan Allahyarham sepanjang hayat beliau sebagai seorang negarawan. Paparan ini membuktikan bahawa kita mampu mencapai kejayaan dan menggapai pengiktirafan sekiranya kita bertekad, berusaha dan bersungguh-sungguh dalam melakukan perkara yang betul, dan bukan setakat melakukannya dengan cara yang betul.

Bagi rakyat yang sentiasa meraikan setiap pencapaian negara, biografi seorang anak bangsa yang penuh dedikasi ini semestinya sesuatu yang membanggakan khususnya dilihat dari kehebatan jentera perkhidmatan awam negara dan kejayaan demi kejayaan yang diperolehi Petronas diperingkat korporat di dalam dan luar negara. Penjilidan kisah Azizan ini dapat menambah sumber penulisan kita mengenai tokoh-tokoh negara yang boleh dijadikan contoh tauladan dan inspirasi kepada rakyat berbilang kaum dan agama di negara untuk mencapai tahap kehebatan yang serupa.

Sekiranya masih ada dalam kalangan kita beranggapan bahawa Malaysia ketandusan tokoh dan peribadi yang berupaya memacu negara ke puncak jaya, inilah buku yang perlu diselami kandungannya bagi membuka mata dan minda agar terlihat pengisahan tokoh-tokoh yang berjiwa patriotik yang telah mewarnai pelbagai kejayaan negara, terutama sekali dalam memantapkan sektor minyak dan gas. Waktu yang diluangkan membaca buku Jiwa Seorang Negarawan – Biografi Tun Azizan Zainul Abidin ibarat menghayati perjalanan sejarah tanpa perlu merasakan bahawa kita sedang mentelaah sebuah buku sejarah yang gaya penulisannya sering kali tidak menyentuh jiwa dan rasa, atau sebuah hasil cereka yang lazimnya sarat dengan sensasi dan jalan cerita yang sangat bersimpang siur. Buku ini dipenuhi fakta-fakta yang sangat bernilai dalm bahasa yang mudah difahami, berbeza daripada gaya penulisan yang sinonim dengan sebuah buku rujukan.

Ulasan

There are yet no reviews for this product.

Anda Mungkin Berminat

kp spm  ppu adap physics
KP SPM PPU (ADAP) P...
Harga: RM 4.00
Sekarang: RM 3.40

menguatkan ingatan
Menguatkan Ingatan...
Harga: RM 10.50
Sekarang: RM 8.93

fun start - mathematics book 1
Fun Start - Mathemat...
Harga: RM 9.30
Sekarang: RM 7.91

dinar emas - realiti penggunaannya di malaysia
Dinar Emas: Realiti ...
Harga: RM 15.00
Sekarang: RM 12.75