Warning: Creating default object from empty value in /www/mybooks.com.my/public/components/com_virtuemart/router.php on line 902
Kanak-kanak : Seruan Tauhid : checklist buat para dai

Seruan Tauhid : checklist buat para dai

PDFEmail
Siri ini direka untuk membuka ruang kepada perbincangan ilmu dan cuba merungkai kekeliruan yang sering diketengahkan, terutamanya berhubung ibadat dan tatacara kehidupan beragama. Huraiannya ringkas tetapi padat, memudahkan kefahaman setiap lapisan pembac
seruan tauhid - checklist buat para dai
Penilaian: Belum di Nilai
Harga:
Harga Asal: RM 20.40
Salesprice with discount: RM 17.34
Harga Jualan: RM 17.34
Sales price without tax: RM 20.40
Jimat: 15%

0 TELAH MEMBELI!
Penerangan

      Seruan Tauhid : Checklist Buat Para Dai mendedahkan pelbagai cabaran yang perlu disahut oleh para pendakwah dan bentuk-bentuk masalah yang bakal dihadapi. Tanggungjawab menyampaikan seruan tauhid  untuk mengislamkan seluruh umat manusia yang telah disempurnakan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW ini adalah terletak atas bahu semua orang islam yang baligh dan berakal. Kewajipan ini tidak terkecuali sama ada daripada golongan ulama mahupun orang awam. Walau bagaimanapun ketentuan untuk membuat huraian tentang isi dakwah dan segala hokum yang berkaitan dengannya adalah diamanahkan kepada para ulama kerana keluasan ilmu dan amal mereka.

      Dakwah boleh dilakukan sama ada secara individu mahupun dalam bentuk organisasi. Semakin besar matlamat yang ingin dicapai oleh pendakwah maka semakin banyak cabaran yang perlu dihadapi dan masalah yang perlu diselesaikan. Usaha dakwah yang berkesan mestilah mencontohi cara Rasulullah SAW yang dikembangkan oleh para sahabat r.a, tabiin dan tabi tabiin dengan berlandaskan al-Quran dan sunnah.

      Penulis mengemukakan permasalahan dalam berdakwah kepada dua kelompok iaitu pendakwah dan sasaran dakwah. Selanjutnya, permasalahan terhadap sasaran dakwah dibahagikan pula kepada dua kelompok iaitu sasaran dakwah Muslim dan bukan Muslim.

     Para pendakwah dan setiap individu Muslim yang prihatin terhadap tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah SWT perlulah melengkapkan diri dengan menambahkan ilmu pengetahuan.

Ulasan

There are yet no reviews for this product.

Anda Mungkin Berminat

integriti peningkatan kualiti organisasi
Integriti Peningkata...
Harga: RM 18.00
Sekarang: RM 15.30

kembalikan kebahagiaanku
Kembalikan Kebahagia...
Harga: RM 26.00
Sekarang: RM 22.10

asmaraloka anisa
Asmaraloka Anisa...
Harga: RM 21.00
Sekarang: RM 17.85

pengamal pengiklanan
Pengamal Pengiklanan...
Harga: RM 4.00
Sekarang: RM 3.40