Cerita Perang Bariga

PDFEmail
Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan juga buku ini di kedai-kedai terpilih berdekatan anda dengan diskaun yang menarik.
cerita perang
Penilaian: Belum di Nilai
Harga:
Harga Asal: RM 25.00
Salesprice with discount: RM 21.25
Harga Jualan: RM 21.25
Sales price without tax: RM 25.00
Jimat: 15%

0 TELAH MEMBELI!
Penerangan

Tema “Cerita Perang Bariga” ialah patriotisme, persahabatan dan cinta. Semangat patriotisme ditonjolkan melalui perjuangan mempertahankan tanah air dalam keadaan negara sedang menghadapi serangan dan penaklukan kuasa luar. Dalam karya ini, situasi genting tanah air digambarkan melalui paparan peristiwa pendudukan Jepun di Sabah sejurus sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1942. Dalam keadaan keselamatan negara dan masyarakat yang sedang meruncing, elemen persahabatan diketengahkan melalui perasaan ikhlas dan jujur, serta kesediaan mempertahankan keselamatan antara satu sama lain di samping anjuran semangat sanggup berkorban. Susulan itu, disisipkan juga persoalan cinta dalam kalangan orang muda atau belia dalam hubungannya untuk memperjelaskan maksud kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan.


Cerita disampaikan melalui susunan plot yang menarik dengan penceritaan yang disampaikan secara lisan dalam tempoh tiga hari berturut-turut oleh watak Tan Sri Bariga kepada cucunya Zainal, menjadi rangkaian segmen pengalaman dan peristiwa yang akhirnya membentuk satu kesatuan cerita yang lengkap dan menyeluruh.

Watak dalam “Cerita Perang Bariga” dimunculkan berdasarkan kesesuaian peristiwa dan konteks sosialnya. Dalam situasi semasa, Tan Sri Bariga, isterinya, Zainal dan Dato’ Aziz, anak kepada Lagan, rakan Bariga semasa Perang Dunia Kedua memainkan peranan yang penting. Setiap watak mengisi keperluan cerita dan mempunyai signifikan kepada pembaca. Bariga didatangi cucunya, Zainal seorang remaja yang sedang menuntut di universiti untuk mendapatkan cerita sebenar peristiwa pendudukan Jepun di Sabah sementelah ia tidak dimasuksertakan dalam buku-buku Sejarah. 

Ulasan

There are yet no reviews for this product.

Anda Mungkin Berminat

air tangan mak dara
Air Tangan Mak Dara...
Harga: RM 33.00
Sekarang: RM 28.05

bahasa arab- buku 7
Bahasa Arab- Buku 7...
Harga: RM 9.90
Sekarang: RM 8.42

are you a great manager
Are You A Great Mana...
Harga: RM 23.00
Sekarang: RM 19.55

keluar dari tempurung 2
Keluar Dari Tempurun...
Harga: RM 16.00
Sekarang: RM 13.60