Cabaran Saudara Baharu Di Malaysia

PDFEmail
Buku Cabaran Saudara Baharu di Malaysia adalah koleksi artikel Profesor Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang telah disiarkan dalam majalah Al-Islam. Persoalan pokok yang dibahaskan mengenai masalah dan cabaran yang dihadapi oleh mereka yang dijinakkan
cabaran saudara baharu di malaysia
Penilaian: Belum di Nilai
Harga:
Harga Asal: RM 26.80
Salesprice with discount: RM 22.78
Harga Jualan: RM 22.78
Sales price without tax: RM 26.80
Jimat: 15%

0 TELAH MEMBELI!
Penerangan

Tujuan penerbitan buku ini ialah banyak perkara yang tidak terjawab apabila saudara baharu memeluk Islam. Mereka seolah-olah terumbang-ambing dan tercari-cari apa yang perlu dilakukan setelah memeluk Islam. Justeru, penulis tampil untuk memberikan jawapan dan solusinya. Walaupun jawapan atau solusi yang diberikan bukanlah yang terbaik, sekurang-kurang ia dapat dijadikan panduan dalam mengharungi kehidupan yang penuh berliku.

Orang yang lahir Islam tidak akan mudah faham kehidupan mereka yang baharu memeluk Islam. Justeru, penulis tampil memberikan jawapan dan solusi secara berani. Moga ia tidak disalahfahamkan. Jawapan yang agak liberal bukan bertujuan untuk melonggarkan hokum, tetapi sekadar memberikan ruang untuk saudara baharu bernafas. Jika pendekatan rigid dan ekstrem, dibimbangi saudara baharu akan kembali kepada agama asal. Apabila perkara ini berlaku, kita selalu menyalahkan saudara baharu, sedangkan kita tidak pernah cuba untuk memahami mereka.

Buku ini sesuai untuk semua peringkat khalayak, terutama saudara baharu, tidak ketinggalan mereka yang ingin mendekati Islam atau mengahwini saudara baharu, juga kepada ahli akademik, pelajar-pelajar IPTA, pelajar sekolah, masyarakat umum dan mereka yang berfikiran terbuka. Lengkok bahasa mudah difahami, sinis dan tegas diharapkan dapat membuka jendela ilmu dan mengetuk hati pembaca untuk menjadi orang yang berfikir. Mudah-mudahan ia dapat dimanfaatkan.

Ulasan

There are yet no reviews for this product.

Anda Mungkin Berminat

sms
SMS...
Harga: RM 30.30
Sekarang: RM 25.76

akibat nakal rumijawi
Akibat Nakal (Rumi/J...
Harga: RM 9.50
Sekarang: RM 8.08

jom tulis - bahasa melayu
Jom Tulis - Bahasa M...
Harga: RM 9.80
Sekarang: RM 8.33

komuniksi siber alaf baru
[email protected] Siber Ala...
Harga: RM 18.00
Sekarang: RM 15.30