Bicara Seorang Al-Azhariy

PDFEmail
Siri islam dan masyarakat terdiri daripada jenis buku yang mengupas serta membicarakan pelbagai topic dalam Islam sama ada yang bersifat kontemporari mahupun sejarah. Justeru, siri ini sesuai dibaca oleh semua peringkat pembaca sama ada ahli akademik, pel
bicara seorang al-azhariy
Penilaian: Belum di Nilai
Harga:
Harga Asal: RM 24.20
Salesprice with discount: RM 20.57
Harga Jualan: RM 20.57
Sales price without tax: RM 24.20
Jimat: 15%

0 TELAH MEMBELI!
Penerangan

     Tulisan in merupakan garapan pemikiran seorang pensyarah muda lagi kerdil yang kini sedang berkhidmat di Universiti Teknologi MARA, Kampus Johor Bahru. Buku ini dihasilkan sebagai usaha untuk menyambung legasi dakwah dan kerja nasihat-menasihati yang tidak terhad kepada aktiviti tradisi seperti ceramah, tazkirah dan kuliah di masjid-masjid. Malah dalam situasi masa kini, dakwah melalui mata pena merupakan satu mekanisme yang mula mendapat perhatian masyarakat khususnya di Malaysia. Ini dapat dilihat melalui penerbitan pelbagai buku bercorak agama dan dakwah yang terdapat di pasaran semasa.

     Melalui buku Bicara Seorang Al-Azhariy, penulis cuba merungkai pelbagai masalah umat Islam sejagat sama ada yang bersangkutan dengan persoalan akidah, syariah mahupun akhlak menerusi tajuk-tajuk kecil yang terpilih. Selain itu, penulis mengajak khalayak pembaca untuk melihat dengan lebih dekat tentang persoalan remeh menurut tanggapan segelintir masyarakat dengan gaya bahasa santai berteraskan sumber wahyu dan pandangan sarjana Islam tersohor.

     Justeru, buku kecil ini sangat sesuai dimiliki dan dibaca oleh segenap lapisan masyarakat sebagai bacaan ringan tetapi signifikan bagi membuka minda ummah yang terleka dibuai mimpi indah. Di samping itu, buku ini juga sesuai dijadikan rujukan dalam bidang dakwah dan kemasyarakatan oleh golongan pelajar di institusi pengajian tinggi, warga pendidik dan pendakwah sambil menyumbang kepada usaha menyeru yang makruf dan mencegah yang mungkar. Ataupun setidak-tidaknya boleh dijadikan hadiah yang sangat bermakna kepada rakan taulan yang disayangi.

Ulasan

There are yet no reviews for this product.

Anda Mungkin Berminat

a-z sulam putih buku 1
A-Z Sulam Putih: Buk...
Harga: RM 48.00
Sekarang: RM 40.80

juzuk 29 tasfsir pedoman muttaqin - kn
Juzuk 29 Tasfsir Ped...
Harga: RM 59.00
Sekarang: RM 50.15

pensyarah
Pensyarah...
Harga: RM 4.00
Sekarang: RM 3.40

penyeberang sempadan
Penyeberang Sempadan...
Harga: RM 45.00
Sekarang: RM 38.25