Buku ini membuka ruang kepeda perbincangan ilmu dan cuba merungkai kekeliruan yang sering diketengahkan terutamanya berhubung ibadat dan tatacara kehidupan beragama.
Penerangan
Cendiakawan Islam sejak dahulu hingga sekarang sentiasa memberi perhatian serius kepada ilmu-ilmu yang berkaitan al-Quran dari pelbagai aspek. Oleh itu terhasillah banyak kitab yang bernilai untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada umat Islam hingga ke hari ini.
Al-Amthal dalam al-Quran : Golongan Kafir dan Ahli Kitab merupakan hasil kajian penulis dengan mengumpulkan al-amthal tentang kaum kafir dan ahli kitab dalam al-Quran yang mendedahkan keadaan, kepercayaan, sifat dan kelakuan, sikap terhadap Islam dan umatnya serta sikap Islam terhadap kedua-dua kaum itu.