
![]() |
0 TELAH MEMBELI!
|
Bidang polisi awam merupakan lanjutan daripada ilmu-ilmu sains sosial dan kemanusiaan asas seperti sains plolitik, sosiologi dan sejarah, termasuk juga undang-undang, ekonomi, pengurusan dan pentadbiran awam. Perkembangan Malaysia pada hari ini menampakkkan bahawa bidang polisi awam semakin berperanan penting. Setiap hari, sama ada di peringkat tempatan, negeri mahupun kebangsaan isu polisi atau dasar awam semakin meningkat.
Buku ini ditulis untuk menerangkan kepada para pembaca tentang dasar atau polisi awam serta bagaimana ia boleh dikaitkan dengan isu nasional, negeri dan tempatan. Namun, perlu ditekankan di sini bahawa buku ini merupakan cetusan idea daripada bukuĀ yang ditulis sarjana Barat. Penulis hanya bertindak sebagai membawa academic advocacy. Akan tetapi idea daripada sarjana Barat telah digarap dan diubah suai selari dengan keperluan dan situasi Malaysia.
Buku ini sesuai dibaca oleh golongan profesional, ahli politik dan sesiapa sahaja untuk memahami secara lebih sistematik berhubung pembentukan polisi awam di Malaysia serta bagaimana proses perumusan pembentukannya, penerapannya, perlaksanaannya dan penilaian terhadap dasar atau program yang diperkenalkan.